You are currently browsing the archives for the Fesyen category.

Facebook like

Wow it’s So Cute

Archive for the ‘Fesyen’ Category

 

Faezah Elai kahwin | Baju Rekaan Hatta Dolmat

Wah cantiknyer baju kahwin Faizah Elai ni kan memang gojess suka sangat designnyer padanlakana Faezah Elai mengenakan baju hasil rekaan Hatta Dolmat…. Sebelum ni Hatta Dolmat telah mereka pakaian pengantin Ayu & Tomok dan juga Memey & norman memang cantik , Sijelita  Faizah Elai , 29 telah pun  sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Mohamad Heykal Mohd. Hanifah, 38, pada 9 September lalu. Pada majlis pernikahan itu, Faezah Elai menerima mas kahwin sebanyak RM1001 dan 11 dulang hantaran berbalas sembilan. Mereka dikatakan mula berkenalan selepas Heykal mengarah dua drama lakonan Faezah sebelum ini, Asmara dan Asmara 2.

Majlis persandingan di sebelah Faezah Elai  (pihak perempuan) bakal diadakan pada 3 Disember depan di Dewan Banquet, Markas Divisyen 2, Kem Tun Abdul Razak, Bukit Gedung, Pulau Pinang dan majlis persandingan keluarga pengantin lelaki bakal diadakan pada 4 Disember iaitu sehari selepas majlis sebelah perempuan di Tanjung Bungah Beach Hotel, Pulau Pinang yang berkonsepkan persandingan pantai, menjadi impian Faezah selama ini.

SELAMAT PENGANTIN BARU FAEZAH ELAI DAN SUAMI SEMOGA BERBAHAGI SELALU DAN DIKURNIAKAN ANAK YANG COMEL….

Gambar Terkini Remy Ishak dan Tiz Zaqyah yang segak & bergaya

Wah Segak Bergaya Pasangan Pelakon Nur kasih …Terus jer teringat  kembali ikatan kasih sayang Remy Ishak dan Tiz Zaqyah dalam kisah Nur Kasih. Tiz Zaqyah dan Remy Ishak. Sebut sahaja salah satu nama, pastinya nama yang satu lagi menyurusi selepasnya. Dalam erti kata lain, ‘their names complement each other’! Semuanya bermula selepas mereka digandingkan bersama dalam drama arahan Kabir Bhatia, Nur Kasih. Bagaikan fenomena, siri itu berjaya mengumpulkan hampir empat juta penonton saban minggu, untuk menyaksikan drama berkisahkan cinta itu. Selain lakonan mantap yang menjadi bualan orang ramai, kisah cinta kedua-dua insan ini juga heboh diperkatakan. Mana tidaknya, mereka kelihatan begitu serasi hinggakan sekali lagi mereka digandingkan dalam filem terbaru KRU, Tahajjud Cinta. -Majalah glam-

Erra Fazira Bertudung (Gambar)

Cantiknya Kak Erra Fazira Bertudung…ramping betul…..Kak erra memakai tudung semasa merasmikan pembukaan galeri baru batik digital buatan Terengganu..Pembukaan galeri batik dan tudung MIFFA pelbagai saiz bermula dari S hingga XL hasil rekaan 35 pereka anak tempatan diketuai seorang pereka dari Milan, Itali.Dengan tema 1Tudung 1Batik 1Rekaan, semua tudung ini dijual pada harga RM99 hingga RM399, manakala rekaan batik digital pula dijual pada harga RM230 hingga RM450 menggunakan fabrik berkualiti dari Itali dengan corak eksklusif.

Kak Erra  terpilih menjadi duta kepada pengeluar batik terulung di negara ini yang sudah bertapak sejak 1974. tahniah yer….

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com