Archive for the ‘FESYEN’ Category

Gambar Perkahwinan Eira Syazira & Azad Jasmin
Eira Syazira atau nama sebenarnya Syazira Shuhaimi 27 tahun selamat diijabkabulkan……. dengan hanya sekali sekali lafaz oleh Azad Jasmin 35, sah bergelar suami Eira Syazira dan ini merupakan detik paling bersejarah dalam hidup Eira dan Azad.
Akad nikah Eira Syazira & Azad Jasmin berlangsung di kediaman keluarga Eira di Persint 14, Putrajaya. Azad dinikahkan sendiri oleh bapa Eira Syazira, Datuk Shuhaimi bin Haji Acheh dengan disaksikan kira-kira 200 tetamu. Eira menerima mas kahwin sebanyak RM300 manakala jumlah wang hantaran terpaksa dirahsiakan atas permintaan pihak keluarga. Pada majlis akad nikah Eira Syazira menerima sembilan buah dulang hantaran Manakala Azad Jasmin menerima 11 buah dulang
EiraEira Syazira & Azad Jasmin mendapat tajaan pakaian daripada Wan Pa dan Zaha Wedding Planer dari Ipoh untuk majlis akad nikah dan persandingan yang berkonsep cermin, kristal dan bunga ros.
Majlis resepsi Eira kemungkinan besar akan diadakan pada 19 Novemmber juga di Putrajaya. Sementara di sebelah Azad dengan bertemakan Bollywood mendapat tajaan Jalinan Kasih di Pulau Pinang pada 26 November ini.
Gambar Pemenang Miss Universe 2011 | Leila Lopes Miss Universe 2011 
Miss Universe 2011 telah dimenangi oleh gadis berkulit hitam manis Miss Angola, Leila Lopes (25). Maka dengan Rasminya Tiara Miss Universe berpindah milik dari Ximena Navarrete, Miss Universe 2010, kepada Leila Lopes di Grand Final Miss Universe, pada hari Isnin (12/9/2011).
Leila Lopes disaingi oleh Miss Ukraina Olesia Stefanko (24) dan Miss Brasil Priscila Machado (25) untuk meraih mahkota Miss Universe 2011. Sementara dua kontestan Asia di barisan Top 5 Miss Universe 2011 yang tersingkir adalah Shamcey Supsup (24) dari Filipina dan Luo ZiLin (24) dari China.





