Archive for the ‘info’ Category
Tip pemakanan sihat : Isi perut kosong dengan buah

Maser time kecik-kecik dulu semestinyer kiter wajib kena makan buah… mak2 memang suruh makan buah nak tak nak kena makan buah…. dulu kat kampung memang dapat makan yang lazat dan segar gitu fresh dari ladang hehe….time mak potong2 buah dier panggil la kiteorang tengok sekali haa kat situ dier citer kisah-kisah mengerikan kalo tak makan buah…adertu kater nanti kalo tak makan buah ..nanti tak sihat tak pandai….macam2 …..
mummy ni jenis memilih ….buah epal buah lai tak makan ko… versi buah2 kampung jer makan…. tak tau kenapa sampai skang tak leh makan huhu..terukkan. kalo kat sekolah dulu2 pun sebelum makan mesti suruh makan buah….skang ni biler besar dan matang baru tau bagusnyer buah untuk kiter….biasa kita main makan ikut suker jer buah janji makan yer dak….yang sebenornyer buah kita kena makan sebelum makan…bukan selepas makan…cara yang paling baik buah dimakan time perut kiter kosong kerana ianya membantu penyahtoksik sistem dalam badan selain itu ia dapat membekalkan tenaga untuk pengurangan berat badan..oleh kerana buah cepat hadam…dan ianya sepatutnya berada bahagian usus yang paling bawah…sebelum makanan lain…Jika buah berada diatas, segala makanan yang dimakan akan mengambil masa yang lameruntuk dicernakan silap2 ianya akan menjadi asid…
Untuk tip hari ni Pastikan anda memakan buah terlebih dulu…kemudian, baru mengambil makanan lain supaya sistem percernaan kita berfungsi dengan baik….daaaa
Kelebihan ibadah korban | keistimewaan Aidiladha (Hari Raya Haji)
Hari Raya Korban Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan diseluruh dunia bagi menandakan berakhirnya tempoh mengerjakan ibadat haji di Mekah, yang merupakan rukun Islam kelima yang terakhir bagi mereka yang mampu, dan menandakan bermulanya ibadat korban untuk dibahagi-bahagikan kepada fakir miskin.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadah korban. Ibadah korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidil Adha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara Ibadah korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidil Adha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan ibadah korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaankorban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan bersama-sama melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
Pada hari raya korban, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit berbanding Hari Raya Aidil Fitri. Info dari email…
Sekian….
cara nak hilangkan stress kerja dengan minum teh
jika sebelum ni kita minum kopi sebelum buat kerja hari ni jom kita minum teh pulak…teh bukan sajer mengandungi antioksidan tetapi salah satu cara yang dapat mengatasi stress atau tekanan kat tempat kerja ….insyaalah
Menurut kajian yang dilakukan di University college London terhadap dua kumpulan yang diberi minum teh dan satu kumpulan lagi diberi minum selain teh…didapati hormon stress kumpulan yang minum teh menurun sebanyak 70% sedangkan satu kumpulan lagi hanya turun 27%…oleh tu jom kita minum teh sebelum memulakan kerja….


