Archive for the ‘info’ Category
kalendar islam Malaysia tahun 1433H untuk tahun 2011 dan 2012 | takwim dan kalendar Hijriah bagi malaysia untuk tahun 2011/2012
Sempena Menyambut Tahun Baru Hijrah 1433H ni disini saya nak berkongsi takwim kalendar tahun Hijriah yang terkini (kalendar islam Malaysia tahun 1433H untuk tahun 2011 dan 2012), yang dikeluarkan oleh pihak Jakim,Malaysia.
Selalunya kita asyik merujuk kepada kalendar biasa tukan dari Januari ke Disember,tapi dalam takwim kalendar Hijriah ni,ada diberikan tarikh2 cuti2 perayaan mahupun hari kebesaran bagi umat Islam mengikut Kalendar Islam yakni Kalendar Hijriah.So bolehlah kita tengok2 dan merenung tarikh2 penting tahun depan..ye dak…
kalendar islam Malaysia tahun 1433H untuk tahun 2011 dan 2012 | takwim dan kalendar Hijriah bagi malaysia untuk tahun 2011/2012
A = Ahad, I = Isnin, T = Selasa, R = Rabu, K = Khamis, J = Jumaat, S = Sabtu
2 darjah tinggi hilal dan 3 darjah jarak lengkong hilal matahari atau umur hilal ketika terbenam tidak kurang 8 jam.
Cawangan Falak, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

TARIKH-TARIKH PENTING DALAM ISLAM
TAHUN 2012 / 1433 – 1434 H BAGI MALAYSIA


* Tertakluk kepada perubahan
Sumber :http://www.islam.my/e-falak/takwim
Jawatankuasa Teknikal Kalendar Islam
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
Doa akhir tahun dan doa awal tahun hijrah
Assalammualaikum kepada semua..ni Mummy nak berkongsi dengan anda tentang Doa akhir tahun dan awal tahun bagi umat Islam. Maklumlah hari ahad ini umat Islam akan menyambut Maal Hijrah…Selalunya kita buat sambutan besar-besaran untuk upacara tahun baru mengikut kalendar biasa tu kan? macam mana dengan sambutan Maal hijrah pulak..?
Doa Akhir Tahun Hijrah
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, apa yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini dari apa yang Engkau larang kami daripadanya, maka tidak sempat kami bertaubat darinya dan Engkau tidak meredhainya dan tidak Engkau melupainya dan Engkau berlemah lembut kepada kami walaupun Engkau memberi peluang supaya kami bertaubat setelah kami melakukan maksiat kepada Engkau, maka sesungguhnya kami memohon keampunan Engkau, maka ampunilah kami. Apa yang kami lakukan padanya dari apa yang Engkau redhainya dan Engkau telah menjanjikan kami ganjaran pahala keatasnya, maka kami memohon akan Dikau wahai Tuhan Yang Maha Mulia yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan semoga Engkau menerima kami dan janganlah Engkau memutuskan harapan kami dari kurnia Engkau wahai Tuhan Yang Mulia. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Hikmah dan kebaikan Doa Akhir tahun ini adalah kita akan cuba mengingati segala amalan2,perbuatan kita baik yang membawa ke arah kebaikan mahupun yang membawa ke arah keburukan. Dengan Doa Akhir tahun ini kita akan berdoa untuk berhijrah ke arah kebaikan dari sesuatu yang telah kita lakukan sebelumnya. Jadikanlah tahun berikutnya lebih baik dari tahun sebelumnya dan memohon keampunan kepada Allah dan memohon semoga Allah menutup segala keaiban yang telah kita lakukan.

Doa Awal tahun Hijrah
Segala pujian bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah, Engkaulah Yang Kekal, Qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau Yang Besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memohon kepada Engkau pemeliharaan padanya daripada syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan dari nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan dan kami memohon kepada-Mu untuk melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan yang merubah segala keadaan, ubahlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kurnian-Mu wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Moga-moga Allah S.W.T mencucuri rahmat dan sejahtera kepada junjungan kami Nabi Muhammad, ahli keluarga dan sahabat-sahabat sekalian. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.
Hikmah dan kebaikan Doa Awal tahun Hijrah ini kita dapat memasang azam dan memperbaharui azam untuk melakukan segala amalan kebaikan….
Salam maal hijrah 1433 hijrah/maal hijrah 2011M
Tip pemakanan sihat : Isi perut kosong dengan buah

Maser time kecik-kecik dulu semestinyer kiter wajib kena makan buah… mak2 memang suruh makan buah nak tak nak kena makan buah…. dulu kat kampung memang dapat makan yang lazat dan segar gitu fresh dari ladang hehe….time mak potong2 buah dier panggil la kiteorang tengok sekali haa kat situ dier citer kisah-kisah mengerikan kalo tak makan buah…adertu kater nanti kalo tak makan buah ..nanti tak sihat tak pandai….macam2 …..
mummy ni jenis memilih ….buah epal buah lai tak makan ko… versi buah2 kampung jer makan…. tak tau kenapa sampai skang tak leh makan huhu..terukkan. kalo kat sekolah dulu2 pun sebelum makan mesti suruh makan buah….skang ni biler besar dan matang baru tau bagusnyer buah untuk kiter….biasa kita main makan ikut suker jer buah janji makan yer dak….yang sebenornyer buah kita kena makan sebelum makan…bukan selepas makan…cara yang paling baik buah dimakan time perut kiter kosong kerana ianya membantu penyahtoksik sistem dalam badan selain itu ia dapat membekalkan tenaga untuk pengurangan berat badan..oleh kerana buah cepat hadam…dan ianya sepatutnya berada bahagian usus yang paling bawah…sebelum makanan lain…Jika buah berada diatas, segala makanan yang dimakan akan mengambil masa yang lameruntuk dicernakan silap2 ianya akan menjadi asid…
Untuk tip hari ni Pastikan anda memakan buah terlebih dulu…kemudian, baru mengambil makanan lain supaya sistem percernaan kita berfungsi dengan baik….daaaa




