You are currently browsing the archives for the Berita Semasa | Dunia | Negara category.

Facebook like

Wow it’s So Cute

Archive for the ‘Berita Semasa | Dunia | Negara’ Category

Bob Kuman Meninggal Dunia  Al fatihah….

Pelawak Bob Kuman  disahkan meninggal dunia pada sekitar pukul 4.38 petang di kediamannya di Kota Damansara Bob telah menghembuskan nafas terakhir di sisi isterinya, Norma Ibrahim dan beberapa kenalan rapat.

Mazidul yang juga  jirannya memberitahu, kematian Allahyarham telah disahkan oleh dua pegawai perubatan daripada Hospital Sungai Buloh yang tiba di kediamannya kira-kira pukul 4.30 petang. Bob Kuman Meninggal Dunia akibat komplikasi jantung, darah tinggi dan paru-paru berair.

Jenazah Allahyarham Bob Kuman telah dibawa ke Masjid Kota Damansara Seksyen 5 di sini untuk diuruskan sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Sawah, Negeri Sembilan selepas solat Isyak untuk dikebumikan.

Takziah buat  keluarga Bob Kuman  . Semoge rohnye ditempat bersama orang orang yang beriman . Insyaallah

Gambar perkahwinan Natasha Hudson  dan Carleed Khaza  | Gambar Natasha Hudson Kahwin

Tahniah buat Natasha Hudson  yang telah sah bergelar isteri penyanyi dan komposer muzik, Carleed Khaza  dalam satu majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini, pukul 11.55 pagi Ahad.

Pasangan Natasha Hudson  dan Carleed Khaza dinikahkan oleh jurunikah, Shahirman Ahmad, berwalikan hakim dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan tiada wang hantaran diterima.

Majlis pernikahan Natasha Hudson  turut disaksikan oleh kedua-dua ibubapa Carleed Khaza, Kamal Al-Bakri dan Aisha Abdul Manaf serta ibu Natasha, Ratna Hussin.

Natasha yang baru sahaja pulang daripada mengerjakan umrah dan  telah berimej baru dengan bertudung meluahkan rasa bersyukur kerana kembali bergelar isteri buat kali ketiga selepas dua tahun bercinta dengan Carleed.

Natasha Hudson cantik mengenakan busana nikah rona coklat keemasan rekaan Shahida Shariff  . Manakala  Carleed Khaza   pula mengenakan baju Melayu rona coklat keemasan.

Natasha Hudson menerima lima dulang hantaran seperti Sirih Junjung, senaskah Al-Quran, sepersalinan pakaian, set wangian dan sebentuk cincin.

Manakala pihak lelaki Carleed Khaza    pula menerima tujuh dulang hantaran iaitu sirih junjung, sepersalinan pakaian, sejadah, kek, set wangian, senaskah Al-Quran dan sebentuk cincin.

Majlis perkahwinan Natasha Hudson  dan Carleed Khaza   turut dihadiri  700 tetamu yang hadir termasuklah keluarga, saudara mara serta teman-teman rapat kedua-dua belah pihak .

Pasangan  Natasha Hudson  dan Carleed Khaza    merancang untuk berbulan madu di Istanbul, Turki dalam masa terdekat ini.

Selamat Pengantin Baru Natasha Hudson  dan Carleed Khaza   semoga bahagia hingga ke akhir hayat….

Amaran Tsunami di kawasan pantai di utara Semenanjung Malaysia | tsunami dijangka landa malaysia 

Jabatan Bomba dan Penyelamat mengarahkan semua pusat operasinya terutama di negeri-negeri di utara supaya diletakkan dalam tahap berjaga-jaga tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan Tsunami  ’ berikutan gempa bumi di utara Sumatera, petang tadi.

Arahan itu dikeluarkan pada kira-kira jam 5.30 petang selepas jabatan itu menerima maklumat mengenai gempa bumi 8.9 magnitud di Aceh yang mungkin menyebabkan tsunami di kawasan pantai di utara Semenanjung Malaysia.

Hampir 1,000 penduduk dari lima kampung di persisir pantai Kota Kuala Muda di sini meninggalkan rumah masing-masing menuju ke Dewan Serbaguna Tunku Intan Shafinaz di kawasan berdekatan sebagai langkah keselamatan menghadapi kemungkinan ancaman Tsunami.

Penduduk dari Kampung Tepi Sungai, Kampung Masjid, Kampung Padang Salim, Kampung Keda Tepi Sungai dan Kampung Kepala Jalan mula meninggalkan rumah masing-masing kira-kira jam 5.30 petang tadi selepas mendapat arahan ancaman Tsunami  oleh pihak berkuasa .

Kebanyakan penduduk yang ditemui mendakwa tindakan mereka itu adalah sebagai langkah keselamatan berikutan merasai gegaran selama 20 saat susulan gempa bumi berukuran 8.7 skala Richter di Aceh, Sumatera Utara Indonesia petang tadi.

Lima kampung berkenaan yang terletak di pesisir pantai Kota Kuala Muda pernah dilanda Tsunami pada 2004.

Lima wilayah di Indonesia berpotensi dilanda tsunami

Tsunami berpotensi landa LIMA wilayah di Indonesia iaitu  tsunami di aceh 2012, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu dan Lampung, kata Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia. – AP

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com