You are currently browsing the archives for the Aktiviti category.

Facebook like

Wow it’s So Cute

Archive for the ‘Aktiviti’ Category

Manchester City juara EPL 2012 | Tahniah untuk Mr daddy ..

 

Akhirnyer tak sia2 tau teman Mr Daddy Tengok EPL malam tadi….sambil meneman sambil baking kek coklat dan melipat kain sekali …

Tahniah… untuk  daddy  Manchester City menang   juara Liga Perdana Inggeris (EPL)  dengan agregat 3-2 ke atas Queens Park Rangers hoho…kecoh giler rumah ni macam ramai jer padehal sorang jer yang duk bersorak…suara teriakan kat kedai pun dengar tau…

Jaringan 0leh  Sergio Aguero pada masa kecederaan  Membolehkan Manchester City menjulang Piala EPL selepas mencatat  kemenangan dalam perlawanan penutup  liga…  Selain itu  Manchester United hanya menang 1-0  ke atas Sunderland…

                                  Gambar Sergio Aguero (tengah)

Juara EPL Manchester City,   Skuad bimbingan Roberto Mancini pertama kali juara setelah  44 tahun kemain seronok lagi En Daddy kiter ni tau…Esok jangan lupa belanjer makan…tak pun beli kasut sepasang dua hehe…

Hari Ibu 2012 | Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu tak kira siapapun anda tapi yang  bergelar ibu, mama, umi,  mak, ma, mummy dan apa saja gelarannya…

UCAPAN UNTUK MAK  ….

Saya  sayang mak….Terima kasih mak kerana sudi melahirkan,  menjaga saya memberi kasih sayang , menyanyikan lagu-lagu indah untuk untuk saya  tidur  , memberikan susu lemak manis yang tiada tandingannnya . mak adalah superwoman saya,  yang boleh buat apa saja yang saya inginkan, mak adalah insan yang paling saya kagumi seorang yang cantik macam ratu yang amat menjaga kesihatannya dan senantiasa cergas.  mak akan jadi doktor sepenuh masa apabila saya sakit atau demam dia menuamkan badan saya dan  akan menyediakan ubat untuk saya, dia akan terus memantau kesihatan saya sehingga saya pulih sihat seperti sediakala.

Mak akan peluk saya ketika saya sedih dan mak akan bimbang jika saya ada tanda-tanda tak  sihat kalau saya terbatuk atau nak selsema  dia akan cakap kamu  tak makan sayur dan buah2 an yang cukup dan dia  akan paksa saya makan sayur atau buah untuk lebih sihat katanya…itulah mak saya..tiap2 hari mak berpesan apabila keluar dari rumah untuk  bermain, kesekolah atau mengaji supaya jangan melayan orang yang kita tak kenal…saya paham mak dah banyak kali mak pesan…mak akan cakap kepada saya…biar mak penat berpesan supaya kamu ingat …mak juga sentiasa berpesan supaya menghormati orang yang lebih tua dan jangan sesekali menyampuk apabila mak atau ayah bercakap….mak sentiasa bercakap lembut dengan saya dan akan bertukar menjadi suara garang seperti singa kalau marah jika saya melawan atau tidak mendengar kata. itulah mak saya…

Mak umpama sinar cahaya  sang suria  yang memancar didunia yang gelap gelita maklah segala bagi saya.  saya sayangkan mak ….saya akan jadi ibu seperti mak  dan menjaga anak2 saya seperti mak lakukan kepada saya….SELAMAT HARI IBU MAK : CIK PUAN HASNAH MUSA..

 Khasiat buah Epal | khasiat epal Hijau

ermmms nampak sedap hidangan buah epal tu kan meleleh…..saya yang tak makan epal ni pun terliur tau….tetiber terdetik raser cam nak try makan epal,  almaklumla  dari kecik tak minat epal…agak2  kalo buat camni baru leh telan kot….abang uwais gerenti suker ni tambah cekelat bersalut tu  lebih sikit mesti dier melompat suker….adik spesies mummy tak berminat nak makan epal nampak jer terus jer dier tutup hidung katernyer busuk…time kecik2 dulu pun sayer pun tak suker bau epal ni pening dibuatnyer…tapi skang saya ok jer…almaklumla si pemakan tegar …

Saya tak sabar nak makan dan cuba  habiskan sebijik epal sehari kalo dulu makan gigit sikit2 jer biler lelamer kunyah tu tetibe loya…hehe…tapi kali ni cuba nak gak makan epal bukan apa epal  memberikan banyak khasiat dan yang penting buah epal dapat  Membantu mengekalkan berat badan selain itu buah epal juga dapat mengurangkan risiko barah.

Jadik  jom kiter try  buah epal  dan coklat sedapni…

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com