Facebook like

Wow it’s So Cute

25 Feb

Siaran Langsung dokumentari Eksklusif Walimatul Urus Yusry dan Lisa Surihani di Astro Ria | dokumentari Lisa Surihani dan Yusry di Astro Ria

Author:mummycute

Siaran Langsung dokumentari Eksklusif Walimatul Urus Yusry dan Lisa Surihani  di Astro Ria | dokumentari Lisa Surihani dan Yusry di Astro Ria

Sebuah dokumentari eksklusif dua episod perkahwinan pasangan selebriti terkenal tanah air, Yusry KRU dan Lisa Surihani bersempena dengan majlis Yusry Abdul Halim (Yusry KRU) dan Lisa Surihani pada Khamis lalu, Astro akan memaparkan sebuah dokumentari eksklusif sebanyak dua episod bagi menjejaki kisah cinta pasangan Yusry dan Lisa Surihani  itu sejak awal perkenalan sehingga berakhir ke jenjang pelamin.

Dokumentari ini bakal merungkai rahsia sepanjang percintaan Yusry dan Lisa Surihani  yang belum pernah dikongsi dengan mana-mana pihak.“Di samping kisah romantik mereka, dokumentari ini juga akan memaparkan setiap detik persiapan perkahwinan, upacara akad nikah dan majlis persandingan.

“Episod satu dokumentari Eksklusif Walimatul Urus Yusry dan Lisa Surihani yang akan disiarkan pada Sabtu (hari ini) pukul 10 malam akan meneliti profil pengantin lelaki dan perempuan, kisah cinta daripada kaca mata mereka sendiri serta kenalan dan ahli keluarga, serta persiapan perkahwinan.

Antara kenalan Yusry dan Lisa Surihani  yang akan ditemubual dalam dokumentari ini ialah adik-beradik Yusry iaitu Norman dan Edry, teman-teman rapat, ibu bapa termasuk temu bual dari penerbit filem David Teo yang telah menggilap bakat Lisa Surihani  hingga menjadi seorang bintang. Selain itu temu ramah bersama wartawan hiburan dan juga rakan artis seperti Liyana Jasmay dan Erra Fazira.

Bagi episod dua pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012 pada pukul 10 malam, ia mengenai upacara akad nikah, persiapan terakhir majlis persandingan, liputan majlis persandingan dan pengakhiran sesi temu bual bersama pengantin lelaki dan perempuan tentang perancangan dan harapan masa depan mereka.

Antara paparan menarik yang akan dikongsi bersama penonton ialah tentang konsep perkahwinan Yusry dan Lisa Surihani  khususnya tema, makna di sebalik warna serta pakaian yang dipilih mereka.

Pada satu babak juga, Ibu Lisa akan bercerita tentang kerisauannya kerana Lisa surihani dan Yusry sentiasa sibuk dan banyak perkara yang belum siap.

Untuk terus berkongsi kebahagiaan tentang kisah cinta Lisa surihani dan Yusry, jangan ketinggalan untuk menonton kedua-dua episod dokumentari Eksklusif Walimatul Urus Yusry dan Lisa Surihani hanya di Astro Ria saluran 104.

Episod 1 yang akan disiarkan pada 25 Februari

waktu siaran pada pukul pukul 10 malam 

Episod 2 pula yang akan disiarkan pada 3 Mac 2012

waktu siaran pada pukul pukul 10 malam 

Pasangan tersebut sah menjadi suami isteri selepas diijabkabulkan oleh abang sulung Lisa surihani, Mohamed Azan Mohamed pada malam Khamis lalu dan Lisa menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

2 Responses to “Siaran Langsung dokumentari Eksklusif Walimatul Urus Yusry dan Lisa Surihani di Astro Ria | dokumentari Lisa Surihani dan Yusry di Astro Ria”

  1. yan says:

    life org popular ni kan..sentiasa jadi tatapan..

  2. kak ieda says:

    x sabar nie ..
    mereka sgt2 sweet .. ;)


Leave a Reply

Uses wordpress plugins developed by www.wpdevelop.com