Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012 | Tiket perlawanan antara Malaysia dan Jepun
waa malam ni ader perlawanan Bola la pulak…suke2…nampaknyer malam ni tengok bola tampa daddy alah nonton kat umah jer pun…..Walaupun skuad Olimpik negara kita (Malaysia) dah terkeluar dari persaingan ke Olimpik 2012, perlawanan Malaysia vs Jepun malam ini masih jugak penting untuk menjaga maruah skuad negara.
Kim Swee dalam kenyataannya erkata”skuadnya akanbermain seperti biasa dan kemenangan adalah matlamat yg cuba dicapai”.Jepun sebenarnya terdesak untuk mencari banyak jaringan untuk muncul juara Kumpulan, dan peluang ini yang akan digunakan anak buah Kim Swee untuk menyerang balas mereka. “Saya tahu Jepun terdesak mahu mencari gol dan situasi itu saya akan gunakan untuk memerangkap mereka,”.
Segala persiapan skuad negara (Malaysia) berjalan lancar, dan para pemain seharusnya bermain tanpa tekanan kerana Malaysia sudah terkeluar dari saingan dan ini menuntut mereka bermain sebaik mungkin untuk menundukkan Jepun. Skuad muda yang bersemangat ini akan bertambah keyakinan sekiranya ribuan penonton hadir memberikan sokongan di stadium bukit Jalil malam ini. Sokongan penyokong Malaysia diharapkan dapat meningkatkan semangat skuad Olimpik negara kita Malaysi yang tercinta.
Tiket perlawanan antara Malaysia dan Jepun
Tiket perlawanan antara Malaysia dan Jepun akan dijual di Stadium Nasional, Bukit Jalil mulai 5.30 petang, pada hari ini. Harga tiket terbahagi kepada tiga kategori iaitu RM40 untuk tempat duduk utama (grand stand), RM20 (terbuka) dan RM5 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
FAM mengatakan tiket berharga RM40 dan RM20 juga boleh didapati di lebih 850 kedai Mesra Petronas di seluruh negara.
Peminat yang ingin membeli tiket secara dalam talian boleh berbuat demikian melalui laman web www.tickethotline.com.my
Jangan lupa malam ini untuk menonton perlawanan kelayakan Sukan Olimpik 2012 Malaysia vs Jepun yer….
Waktu perlawanan Malaysia vs Jepun Jam Rabu ini jam 8.55 malam di saluran Astro SuperSport



Selamat maju jaya pasukan Malaysia..