Malaysia vs Filiphina
Malaysia vs Filiphina
Malam Ni Malaysia (Harimau Malaya) skuad kendalian kendalian Datuk K Rajagobal akan Menentang Filiphina yang berkedudukan ke-150 dunia berdepan cabaran getir apabila Filipina, pasukan di ranking ke-156 mengambil pendekatan cukup serius untuk aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Memorial Rizal, Manila, waktu perlawanan Malaysia vs Filiphina jam 7 malam ini.
Filipina dibimbing Michael Weiss kini dalam persiapan terakhir menjelang Piala Cabaran AFC 2012 di Nepal bermula 9 Mac ini dan sudah mengadakan tiga aksi persahabatan dengan Uzbekistan B-23 (kalah 0-3), Al Ahli (menang 3-1) dan Australia B-23 (kalah 0-1) sepanjang bulan ini.
Ketika sidang media tadi (semalam), jurulatih Filipina anggap perlawanan ini penting dan mahu pemainnya beraksi habis-habisan untuk menang kerana reputasi kita sebagai juara bertahan Piala Suzuki AFF. Berdasarkan persiapan pasukan, tampak mereka lebih bersedia.
Mereka akan turunkan beberapa pemain yang beraksi di luar dan boleh dikatakan sebuah skuad lengkap berbanding kita yang hadir ke sini tanpa lima pemain – Norshahrul Idlan Talaha, Aidil Zafuan Radzak, Mahali Jasuli, K Gurusamy dan Faizal Muhamad yang cedera. Saya jangka ia perlawanan sengit, kata Rajagobal ketika dihubungi di Manila, petang semalam.
Dalam tempoh 24 jam ini dia juga akan memantau keadaan Safee Sali (kiri). Jika dia boleh beraksi, saya akan fikirkan gandingan mana lebih sesuai – Zaquan Adha Radzak, Abdul Manaf Mamat atau Ahmad Shakir Md Ali, jelas Rajagobal.
Nantikan aksi2 menarik perlawanan Malaysia vs Filiphina dalam perlawanan persahabatan malam ini jam 8.45 malam ini 29 Feb 2012.



selamanya selamanyaaaa…selamanya harimau Malaya
HUHUHU x sempat nak tgk huhuh