Kereta Proton Berinternet 4G pertama di Malaysia | Proton berinternet 4G YES pertama
Kereta Proton Berinternet 4G pertama di Malaysia | Proton berinternet 4G YES pertama
MODEL terbaru PROTON P3-21A Kereta Berinternet 4G pertama di Malaysia yang akan menjengah pasaran pada pertengahan bulan depan, akan dilengkapi rangkaian internet berkelajuan tinggi, sekali gus menjadikan-nya sebagai kereta keluaran tempatan pertama dilengkapi teknologi hiburan kereta yang serba lengkap.
Pengenalan ciri nilai tambah itu direalisasikan hasil kerjasama strategik antara PROTON Holdings Bhd dengan YTL Communications Sdn Bhd.
.
Di bawah kerjasama itu, perkhidmatan 4G Yes yang dibangunkan YTL Communications akan dipasang dalam model baru berkenaan.Kerjasama itu adalah sebahagian langkah penjenamaan semula kereta PROTON sejajar komitmen syarikat dalam menyediakan produk terbaik kepada pengguna.
kerjasama dengan YTL Communications itu juga merintis kemungkinan spektrum baru kenderaan keluaran PROTON Holdings di samping menawarkan keselesaan dan produktiviti yang lebih baik kepada pengguna ketika berada di jalan raya.
Syed Zainal berkata, kerjasama antara kedua-dua syarikat itu akan turut membolehkan model baru yang akan dikeluarkan Proton Holdings di masa depan, dilengkapi dengan rangkaian tanpa wayar mikro bagi mendapatkan akses Internet berkelajuan tinggi dengan memanfaatkan liputan luas rangkaian perkhidmatan Yes di seluruh negara.
Ciri-ciri nilai tambah itu juga, katanya akan menjadikan kenderaan PROTON lebih inovatif dan segar untuk menarik kalangan pembeli generasi baru.
Rangkaian Internet 4G Yes kini meliputi 65 peratus daripada kawasan berpenduduk di negara ini, termasuk di sepanjang 960 kilometer Lebuh Raya Utara-Selatan dan sebahagian besar Lebuhraya Pantai Timur.
Bagi menandakan kerjasama strategik itu, PROTON Holdings dan Yes menawarkan sebuah kereta PROTON Inspira edisi khas yang dilengkapi kemudahan Internet 4G bernilai RM100,000 dalam peraduan Facebook ‘Menangi Kereta Internet 4G Pertama Malaysia’.
Model Inspira itu menampilkan kemasan warna istimewa dengan rim 18 inci edisi khas dan dilengkapkan dengan tiga unit Apple iPad 2 serta ‘router’ mudah alih Yes Huddle yang semuanya direka bentuk khusus dalam kenderaan itu.



untong leh online dlm kete.
Uishhhh!!
Hebatnya..