Wow it's So Cute

Facebook like

SPONSORS

sponsor1

SEJARAH SILAM

MY CLUB

banner

Gambar anak perempuan Serina | Isabella Saffiya

Ololo comelnyer Anak perempuan Serina , Tahniah buat Serina dan keluarga… dah dapat sepasangkan…

Serina Redzuawan selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama Isabella kira-kira pukul tiga petang isnin lalu… Chef Wan dalam satu entri menerusi Facebook miliknya memberitahu cucu keduanya Isabella Saffiya dilahirkan secara normal dengan berat 3.3 kilogram. “Alhamdulillah Serina telah selamat melahirkan Isabella dan kami sekeluarga sangat gembira dengan kehadirannya. Chef Wan yang kini sedang berada di Bangkok, Thailand atas urusan kerja sempat meninggalkan status dia teruja untuk membeli belah pakaian dan barang keperluan lain untuk cucu keduanya Isabella Saffiya itu. Serina telah mempunyai seorang anak lelaki iaitu Tristan, setahun lima bulan hasil perkahwinannya dengan Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya, Salahudin Ghafar.

Gambar kanak-kanak  perempuan yang menjadi tebusan Kampung Baru  Kuala Lumpur

Kiter sebagai ibu bapa kena lebih berhati-hati duduk rumah kena kunci pintu ataupun kunci Grill Umahkan…kang tak pasal-pasal tetamu tak diundang bertandang dirumah seperti yang berlaku pada  seorang kanak-kanak perempuan dikampung baru Kl semalam tak pasal-pasal mengalami detik-detik yang mengerikan kerana terpaksa dijadikan tebusan oleh lelaki yang entah dari maner datangnyer eee tak dapat bayangkan sangat ngeri…kita yang baca dah ngeri tak tau adik tu yang mengalaminyer katernyer lelaki tu berbogel…..

Gambar kanak-kanak perempuan yang menjadi tebusan seorang lelaki kurang siuman hampir lima jam di rumah keluarganya di Lorong Raja Muda Musa 6, Kampung Baru, Kuala Lumpur dibawa keluar selepas polis berjaya menumpaskan lelaki berkenaan.

Info mengenai kanak-kanak perempuan  jadi tebusan di Kampung baru kuala lumpur

  • Seorang lelaki secara tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah kanak-kanak perempuan dan mengambil pisau siang ikan di dapur sebelum menahan mangsa dan mengacukan pisau itu ke leher mangsa yang ketika itu sedang menonton televisyen bersama ibu, adik serta dua lagi sepupunya disebuah rumah di Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru pada Isnin.

  • Lelaki terbabit dalam keadaan tidak berpakaian  mengugut untuk mencederakan kanak-kanak perempuan  itu sekiranya ada yang cuba menghampirinya, sebelum membawa mangsa masuk ke dalam bilik serta mengurungnya dan menutup bilik itu dari dalam.ruang bilik yang agak kecil menyukarkan anggota polis kerana suspek boleh bertindak dengan pantas jika berasa dirinya terancam.
  • kejadian berlaku pada pukul 10 pagi itu, polis menjalankan rundingan dengan turut memanggil pakar psikiatri HKL dan seorang rakan suspek untuk memujuk lelaki berkenaan, namun dia bertindak lebih agresif.proses rundingan, suspek tidak menuntut sebarang wang tebusan sebaliknya hanya meminta agar dia tidak diapa-apakan, selain air dan dadah.”Dia minta air, kita bagi air tapi dia minta dadah memang kita tidak bagi,” katanya sambil menambah suspek tidak mempunyai sebarang rekod rawatan psikiatri namun pernah memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes samun.
  • polis masih menyiasat motif kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Culik 1961.Bapa mangsa yang hanya dikenali sebagai Syafrudin, 47, berkata ketika kejadian, dia berada dalam satu daripada dua bilik di rumah itu manakala isteri, anak serta anak saudaranya di ruang tamu menonton televisyen.
  • “Pintu rumah ketika itu tidak berkunci, lelaki itu kemudian meluru masuk dan terus menangkap anak saya serta mengacukan pisau ke lehernya sambil mengugut sekiranya ada yang menghampiri, dia akan mencederakan anak saya,” katanya.
  • Dalam pada itu, jiran mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramli berkata beliau yakin suspek bukan penduduk di kawasan itu (Kampung Baru) kerana kelibat suspek tidak pernah dilihat sebelum ini.
  • Katanya, suspek mungkin datang dari kawasan lain sebelum masuk ke rumah itu dan menjadikan kanak-kanak perempuan tersebut sebagai tebusan.
  • Pendapat beliau turut disokong Suhardi Osman, 45, yang memaklumkan sebelum ini, suspek pernah membuat kecoh di sebuah pasar berdekatan.
  • “Saya dapat tahu suspek terlebih dahulu telah membuat kecoh di pasar pada waktu pagi sebelum dihalau oleh orang ramai, dan ini mungkin punca mengapa beliau menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan,” katanya ketika ditemui.
  • Polis bertindak melepaskan empat das tembakan ke arah lelaki tersebut setelah berunding selama enam jam bagi membebaskan seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun itu.
  • “Tembakan tersebut telah terkena pada rusuk kiri suspek, bagaimanapun, mangsa berjaya diselamatkan dan kedua-dua mereka dibawa ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) untuk rawatan lanjut, manakala mangsa dirawat bagi mengenal pasti sama ada berlaku sebarang kecederaan fizikal semasa dikurung,” katanya kepada pemberita.
  • Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata langkah itu terpaksa diambil setelah lelaki terbabit, yang berumur 34 tahun, bertindak agresif ketika proses rundingan.BERNAMA

Ucapan Selamat  tahun Baru Cina 2012 |  chinese new year 2012 |  Gong Xi Fat Choi !

Selamat   tahun Baru Cina 2012  kepada rakan-rakan yang berbangsa cina, wah meriah betul, berdetum detam meletup2 bunga api sana sini….semuanyer bercahaya memang meriah  dengan percikan  Mercun dibakar pada tengah malam. kiteorang siap duk kat balkoni nak tengok bunga api…uwais & adik kemain lagi seronok tengok bunga api….. …Dulu-dulu time skolah kawan-kawan mesti bagi banyak buah limau yang kitaorang dapat. Rumah-rumah mereka dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau. …. 

Ucapan Selamat  tahun Baru Cina 2012  

buat  rakan2  yang berbangsa cina  semoga anda  meraikan  tahun baru cina  ini dengan penuh kecerian dan kebahagian….


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...